ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 96. Cagaran hendaklah diberi
(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak maka dia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dalam apa-apa jumlah yang ditetapkan bagi pelaksanaan sewajarnya kewajipan-kewajipan sebagai penjaga.
(2) Cagaran itu hendaklah diberikan mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.