ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 160. Saman penghutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang pemiutang penghakiman boleh, memanggil mana-mana orang yang boleh diperiksa di bawah Bahagian ini melalui saman mengikut borang yang ditetapkan. Saman itu hendaklah diserahkan ke atas dirinya tidak kurang daripada 5 hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk prosiding kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 134 tiada saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan kecuali dengan kebenaran yang diberi mengikut seksyen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.