ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 153. Rekod prosiding.

(1) Apabila satu notis rayuan telah difailkan Hakim yang membuat keputusan hendaklah, jika dia belum menulis penghakimannya, mencatatkan alasan keputusannya dan penghakiman atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding.

(2) Apabila notis rayuan telah difailkan Pendaftar hendaklah seberapa segera menyampaikan kepada pihak merayu atau Peguam Syarienya di alamat penyampaian yang dinyatakan dalam seksyen 152(2) satu notis memberitahu salinan rekod telah siap dan boleh didapati dengan memohon dan membayar fee yang ditentukan:

Dengan syarat bahawa apabila rayuan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, satu salinan rekod hendaklah disampaikan kepadanya tanpa apa-apa bayaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.