ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 173. Pembayaran daripada Mahkamah.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar kepada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh menurut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempunyai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana-mana bahagiannya, menghendaki pemohon itu supaya mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.