ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 26. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198).

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah dipakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga Penasihat, Majlis, Pendaftar, Timbalan-timbalan Pendaftar, penjawat-penjawat, ejen-ejen atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis atau Lembaga Penasihat, berkenaan apa-apa tindakan, pengabaian atau pengingkaran yang dibuat atau dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.