ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 25. Keluar negara oleh Pengerusi dan anggota lain.

(1) Jika Pengerusi menjangka dia akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.