ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 50. Keterangan Sekunder.
Keterangan sekunder adalah termasuk-
(a)
salinan yang diperakui menurut peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(b)
salinan yang dibuat daripada naskah asal dengan jalan proses mesin, yang sendirinya adalah mempastikan tepatnya salinan itu, dan juga salinan dibandingkan dengan salinan itu;
(c)
salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;
(d)
naskah bertimbal dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
(e)
keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen, yang diberi oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar atau melihatnya dalam apa cara sekalipun dokumen itu.
MISALAN
(a)
Sesuatu gambarfoto bagi naskhah asal adalah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan naskhah asal itu tidak dibandingkan jika sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah digambarfoto itu adalah naskhah asal.
(b)
Sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin penyalin adalah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika sekiranya dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin penyalin itu telah dibuat dari naskhah asal.
(c)
Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan dan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan naskhah asal adalah keterangan sekunder; akan tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan naskhah asal itu bukanlah keterangan sekunder mengenai naskhah asalnya walaupun salinan yang daripadanya ia telah dibuat telah dibandingkan dengan naskhah asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.