ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 210. Pengkhidmat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang.

Barang siapa yang menjadi pengkhidmat awam, dengan mengetahuinya mengingkari sesuatu arahan undang-undang tentang cara bagaimana ia kena menjalankan pekerjaannya sebagai pengkhidmat awam itu, dengan maksud hendak menyebabkan atau dengan ketahui mungkin bahawa ia akan dengan keingkaran itu, menyebabkan bencana kepada seseorang adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.