ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 16. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Pengerusi boleh pada bila-bila mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Empat orang ahli Majlis boleh pada bila-bila masa dengan bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha tujuan mesyuarat itu dipanggil.

(4) Setiausaha hendaklah dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh terima arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3) atau jika Pengerusi mengarahkan serta merta, sebaik sahaja menerima arahan tersebut atau kehendak tersebut memanggil mesyuarat.

(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat tetapi Pengerusi bolehlah, jika dia fikir bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih pendek mengarahkan kehendak notis tujuh hari itu tidak perlu diikuti.

(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada ahli yang dialamatkan kepada alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah dianggap telah diserahkan dengan cara pos.

(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal ahli yang sedang berada di luar negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.