ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 133. Kewajipan mematuhi.

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman untuk melakukan apa-apa tindakan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan adalah tidak perlu untuk menyampaikan kepadanya hukuman itu atau apa-apa notis mengenainya kecuali seperti diperuntukkan oleh seksyen 129 (3).

(2) Penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu kepada Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.