ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Diri dan Harta
Seksyen 100. Perintah larangan oleh Mahkamah.
(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 88, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-
(
a
)
menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta takalih kanak-kanak itu; atau
(
b
)
memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun,
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.
(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap mahkamah dan Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dijatuhkan itu, boleh-
(
a
)
menetapkan sebagai taksah pelupusan harta kanak-kanak itu dan membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu; atau
(
b
)
memerintahkan orang yang disabitkan kesalahannya itu membayar kepada kanak-kanak itu pampasan yang tidak lebih daripada nilai harta kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa ketetapan atau perintah di bawah perenggan (
a
) atau (
b
) subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.