ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Menjadi Qarinah



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, atau berhubungan dengan penentuan nasab ialah qarinah.

(2) Orang sedemikian itu adalah dipanggil pakar.

(3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan.

MISALAN





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.