ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 161. Keputusan hendaklah diperakukan kepada Mahkamah yang membicarakan kes.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan telah diputuskan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu.

(2) Mahkamah yang menerima penghakiman itu hendaklah membuat perintah yang selaras dengan keputusan atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda.

(3) Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan, Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu Mahkamah yang membicarakan kes itu dan jika perlaksanaan hukuman telah digantung, hukuman atau perintah Mahkamah itu hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tidak ada apa-apa di dalam subseksyen ini boleh dianggap sebagai menghadkan atau menyekat kuasa memanjangkan masa di bawah seksyen 154 yang diberi kepada Mahkamah Rayuan Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.