ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 130. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

(1) Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang mempunyai isteri lebih daripada seorang yang telah tidak bersikap adil terhadap isteri-isterinya pada nafkah, pakaian, tempat tinggal dan gilirannya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.