ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 6. Kelayakan pewasiat.

(1) Seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang—

(2) Wasiat seorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak tidaklah sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.

(3) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit apabila membuat wasiat, dia hendaklah waras fikirannya, baik ingatannya dan memahami perihal wasiat dibuat.

(4) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad-al-maut, bekuesnya tidak boleh melebihi satu pertiga daripada hartanya dan jika bekuesnya itu melebihi satu pertiga, wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.