ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXV - DARIHAL PERPINDAHAN KES-KES JENAYAH



Seksyen 188. Permohonan untuk perpindahan mesti disokong oleh afidavit.

(1) Setiap permohonan untuk menjalankan kuasa seperti yang dinyatakan oleh seksyen yang terdahulu daripada ini hendaklah dibuat dengan usul yang akan, kecuali apabila pemohon itu ialah Pengarah Pendakwa atau mana-mana Pegawai Majlis yang diberi kuasa khas bertulis oleh Pengarah Pendakwa, disokong oleh afidavit.

(2) Setiap permohonan hendaklah dibuat sebelum perbicaraan terhadap kesalahan itu tamat.

(3) Apabila orang yang dituduh membuat permohonan di bawah seksyen ini, Kadi Besar bolehlah, jika dia fikir sesuai, mengarahkannya membuat bon, dengan atau tanpa penjamin dengan syarat yang dia akan, jika didapati bersalah, membayar segala perbelanjaan pendakwaan.

(4) Setiap orang yang dituduh yang membuat apa-apa permohonan hendaklah memberi kepada Pengarah Pendakwa notis permohonan secara bertulis, bersama dengan salinan mengenai alasan-alasan atas mana ianya dibuat dan arahan tidak akan dibuat atas alasan-alasan permohonan itu kecuali sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis dengan pendengaran permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.