ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN
Seksyen 159. Penjualan.
Apabila mana-mana harta dijual semasa menjalankan perlaksanaan-
(a)
penjualan itu hendaklah diadakan di antara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang;
(b)
penjualan itu hendaklah, tertakluk kepada perenggan
(f),
secara lelong awam tanpa rizab, dan tiap-tiap barang hendaklah dibayar dengan wang tunai sebelum tamatnya lelong itu, dan tiada sesiapa yang bertugas melaksanakan Ielong itu boleh menawar atau sebaliknya secara langsung atau tidak langsung memperolehi atau cuba memperolehi apa-apa kepentingan dalam harta yang dijual itu. Pemiutang penghakiman boleh menawar, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dan dengan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu, wang jualan itu dan amaun dikenakan sebagai penghakiman boleh menolak di antara satu dengan lain, dan penghakiman itu hendaklah disifatkan sebagai telah dijelaskan sepenuhnya atau pro tanto sewajarnya;
(c)
notis mengenai tarikh, masa dan tempat penjualan dan harta yang hendak dijual hendaklah dipamirkan di Mahkamah dan di tempat jualan tidak kurang dari enam hari sebelum jualan;
(d)
instrumen boleh niaga dan sekuriti lain boleh dengan kelulusan Mahkamah dijual tanpa lelong melalui agensi stok broker dan syer broker yang diakui;
(e)
tiap-tiap penjualan itu hendaklah disempurnakan oleh Mahkamah;
(f)
dan dalam hal-hal yang tertentu Mahkamah, jika mempunyai alasan yang cukup boleh memerintahkan penjualan dibuat dengan cara yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.