ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 159. Perintah penyemakan.


Apabila satu kes telah disemak di bawah Bab ini oleh Mahkamah Qadhi Besar ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintah kepada Mahkamah di mana keputusan, hukuman atau perintah yang disemak itu telah direkodkan atau umumkan dengan menyatakan, apabila keputusan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan-alasan pengubahan itu dan Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah itu hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan yang diperakui itu dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.