ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 133. Kewajipan mematuhi.
(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman untuk melakukan apa-apa tindakan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu untuk menyampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis mengenainya kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 129(3).
(2) Penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.