ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 84. Bila pembicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas perubahan atau tambahan.


Jika sesuatu pertuduhan itu telah dirangka atau diubah atau ditambah mengikut kehendak kedua-dua seksyen yang terdahulu daripada ini, maka Mahkamah hendaklah terus memanggil orang yang dituduh untuk membuat pengakuan sama ada dia mengaku salah atau bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan itu atau atas pertuduhan yang diubah atau ditambah itu. Jika orang yang dituduh menyatakan dia belum bersedia berbuat demikian, Mahkamah hendaklah menimbang dengan teliti sebab-sebab yang dia dan jika Mahkamah berpendapat bahawa jika pembicaraan diteruskan dengan serta-merta tidak akan memudaratkan orang yang dituduh itu membela dirinya atau Pendakwa menjalankan kes maka Mahkamah bolehlah, atas budibicaranya, selepas pertuduhan tersebut atau pertuduhan yang diubah atau pertuduhan yang ditambah dirangkakan atau disiapkan, meneruskan pembicaraan itu seolah-olah pertuduhan baharu atau pertuduhan yang diubah atau ditambah itu adalah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.