ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 81. Beban membuktikan bahawa kes tertuduh adalah termasuk di dalam kecualian.
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam mana-mana undang-undang apabila seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan, beban membuktikan wujudnya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am dalam mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain undang-undang yang sama adalah terletak atasnya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut itu tidak ada.
MISALAN
(a)
A dituduh bersekedudukan dengan B. Pendakwa mengemukakan keterangan menunjukkan bahawa A telah menceraikan B isterinya.
A mengatakan bahawa dia telah dipaksa menceraikan isterinya.
Beban membuktikan bahawa dia telah dipaksa terletak atasnya.
(b)
C dituduh melakukan persetubuhan haram dengan D. C mengatakan bahawa dia telah bernikah dengan D di negara asing.
Beban membuktikan pernikahan itu terletak atas C.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.