ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 6. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia mengunjungi, atau mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan, atau menghubungi Islam dengan talipon, seorang lain yang berugama Islam dan yang kepadanya orang itu adalah seorang asing, bagi maksud mendedahkan orang lain itu kepada apa-apa ucapan, atau pertunjukan sesuatu, mengenai ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Dalam pendakwaan atas suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1), maksud orang yang dituduh itu mengunjungi, atau mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan, atau menghubungi, orang lain itu hendaklah dianggap sebagai maksud mendedahkan orang lain itu kepada apa-apa ucapan, atau pertunjukan sesuatu, mengenai ugama bukan Islam jika, memandang pada keseluruhannya kepada semua yang telah berlaku dalam masa kunjungan, perjumpaan, atau percakapan talipon itu, adalah didapati tanpa keraguan yang menasabah bahawa maksud itu adalah maksud orang yang dituduh itu yang sebenar atau satu daripada maksud-maksudnya yang sebenar, walaupun, dalam masa kunjungan, perjumpaan,atau percakapan talipon itu, perkara-perkara atau hal-hal selain dari yang berkaitan dengan maksud itu juga dlsebut atau dilakukan atau perkara-perkara atau hal­hal yang berkaitan dengan maksud itu juga disebut atau dilakukan atau perkara-perkara atau hal-hal yang berkaitan dengan maksud itu tidak disebut atau dilakukan sebanyak perkara-perkara lain.

(4) Bagi maksud seksyenkecil (1) seseorang yang dengannya seorang lain dahulunya tidak pernah bercakap atau telah bercakap hanya sambil lalu sahaja, atau seseorang yang dengannya seorang lain pernah ada hanya urusan niaga, rasmi, atau formal sahaja dahulunya, atau seseorang yang tidak boleh dianggap walaupun sebagai orang kenalan seorang lain, hendaklah dianggap sebagai orang asing kepada orang lain itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.