ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 102. Sengaja mencuaikan kewajipan.

Seseorang yang ditugaskan oleh Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya untuk menjalankan sesuatu kewajipan, enggan atau dengan sengaja cuai atau mungkir menjalankan kewajipan itu, atau dengan sengaja menjalankan dengan cara yang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.