ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 40. Memasukkan apil dalam senarai.

(1) Jika Mahkamah Tinggi Syar'iah tidak secara terus menolak sesuatu apil, ianya hendaklah menetapkan nombor apil itu dan memasukkannya ke dalam senarai apil yang akan didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa apil itu telah didaftarkan.

(2) Secepat mungkin setelah tarikh perbicaraan ditetapkan, Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah memberi notis kepada pihak-pihak yang berkenaan akan tarikh perbicaraan apil itu.

(3) Dalam mana-mana kes Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh, atas dayanya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dan dengan masa notis yang munasabah diberi kepada pihak-pihak yang berkenaan, mencepatkan atau menangguh tarikh perbicaraan apil itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.