ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 5. Keahlian Majlis.


(1) Majlis hendaklah mengandungi hal-hal yang berikut-
(2) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli yang dinamakan di bawah perenggan (g) dan (h) subseksyen (1) bagi tempoh tidak melebihi dua tahun:

Dengan syarat semua ahli hendaklah seorang Islam yang telah mencapai umur 21 tahun.

(3) Seorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada masa orang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (d), (e) dan (f) adalah seorang bukan Islam, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis hendaklah melantik seorang Islam lain dan yang terkanan dari Jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(5) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Pengerusi dan ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Pengerusi dan ahli-ahli Majlis yang lain sehingga tamat tempoh perlantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.