ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 41. Tafsiran.

Di dalam bahagian ini melainkan kandungannya berkehendakkan makna yang lain maka perkataan-

"wakaf" ertinya pemberian yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh tuanpunya harta itu kerana maksud igama mengikut Hukum Syarak;

"Wakif" ertinya orang yang mewakafkan hartanya;

"Maukuf" ertinya harta yang diwakafkan;

"maukuf-alaihi" ertinya orang atau pihak yang diwakafkan harta kepadanya;

"wakaf am" ertinya wakaf yang memberi manfaat pada orangramai atau pihak-pihak yang lain;

"wakaf khas" ertinya wakaf yang memberi manfaat kepada seseorang atau pihak yang tertentu;

"Nazir Am" ertinya pegawai yang dilantik oleh Kerajaan bagi mengelolakan pentadbiran harta-harta wakaf;

"Nazir Khas" ertinya orang yang dilantik oleh wakif atau Nazir Am bagi mengelolakan sesuatu wakaf;

"hujjah" ertinya suratan-suratan yang berkenaan dengan wakaf dan termasuk wasiat;

"Irsad" ertinya wakaf-wakaf daripada tanah-tanah Baitul-Mal atau tanah-tanah Kerajaan atau seumpamanya menurut Hukum Syarak;

"wasiat" ertinya ikrar seseorang menurut Hukum Syarak dengan sebutan untuk menjadikan hartanya atau sebahagian daripada hartanya bagi maksud kebajikan atau igama selepas ia mati;

"daftar" ertinya mendaftar hujjah, wasiat dan maukuf menurut peruntukan bahagian ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.