ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Suratan Awam
Seksyen 57. Suratan Awam.
Suratan yang berikut adalah suratan awam-
(a)
Suratan yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan resmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan, atau bagi mana-mana negeri atau negara asing.
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai suratan persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.