ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988


JADUAL - Borang 6A.

(Seksyen 194)

WARAN MEMPENJARAKAN DALAM KES-KES TERTENTU MENGENAI PENGHINAAN BILA DENDA DIKENAKAN

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ......................................................................................

BAHAWASANYA di Mahkamah dikendalikan di hadapan saya pada hari ini .............................. pada kehadiran (atau pandangan) Mahkamah sengaja melakukan penghinaan:

Dan bahawasanya pada penghinaan tersebut ..................................... telah dihukum oleh Mahkamah untuk membayar denda sebanyak .......................... ringgit atau ingkar dihukum dengan penjara untuk jangkamasa ..............................

lni adalah memberi kuasa dan menghendaki kamu untuk menerima ........................ tersebut di dalam jagaan kamu, bersama-sama waran ini, dan ia hendaklah dipenjarakan bagi tempoh ............... kecuali denda tersebut dibayar lebih awal; dan di atas penerimaan tersebut, serta-merta membebaskannya, mengembalikan waran itu dengan catatan mengesahkan cara hukumannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan Meteri Mahkamah pada .............. haribulan ............ 19 .....

........
Kadi
(METERAI)


(Seksyen 204)

JAMINAN UNTUK MENJAGA KEAMANAN

BAHAWASANYA saya ........................................... tinggal di ................................. telah dipanggil untuk menyertai dalam jaminan untuk menjaga keamanan untuk tempoh selama ............................... Saya dengan ini mengikat diri saya untuk tidak melakukan pemungkiran keamanan, atau melakukan sesuatu yang kemungkinan berlakunya pemungkiran keamanan, semasa tempoh tersebut; dan, sekiranya saya ingkar, saya adalah terikat untuk membayar denda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bagi jumlah .............. ringgit.

Bertarikh pada ................. haribulan ............ 19 ......

...................
Tandatangan


(Seksyen 204)

JAMINAN UNTUK BERKELAKUAN BAlK

BAHAWASANYA saya .............................................. tinggal di ....................... telah dipanggil untuk menyertai dalam jaminan untuk berkelakuan baik kepada Yang di-Pertuan Agong dan kepada semua orang di Malaysia untuk tempoh selama .............................. Saya dengan ini mengikat diri saya untuk berkelakuan baik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan semua orang di Malaysia semasa tempoh tersebut; dan sekiranya saya ingkar, saya adalah terikat untuk membayar denda kepada Yang di-Pertuan Agong bagi jumlah .........................ringgit.

Bertarikh pada ............ haribulan .......... 19 .....
....................
Tandatangan

Apabila jaminan dengan penjamin-penjamin perIu dilaksanakan, tambah :

Kami dengan ini mengesahkan diri kami sebagai penjamin-penjamin kepada penama di atas .................. bahawa dia akan berkelakuan baik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan kepada semua orang di Malaysia selama tempoh tersebut dan sekiranya dia ingkar, kami adalah terikat secara bersama dan untuk membayar denda kepada Yang di-Pertuan Agong bagi jumlah ............... ringgit.

Bertarikh pada ................ haribulan ............ 19 .....
...................
Tandatangan


(Seksyen 204)

PERINTAH UNTUK MENGEMUKAKAN SEBAB

BAHAWASANYA maklumat telah diterima oleh saya (di sini nyatakan bahan mengenai maklumat yang diterima).

Adalah dengan ini diperintahkan bahawa .......................................... (telah hadir di Mahkamah Kadi di .......... pada ......... haribulan ........ 19 ...... pada jam ........ untuk mengemukakan sebab mengapa dia tidak perlu diperintahkan untuk menyempurnakan jaminan bagi kelakuannya yang baik dalam jumlah ................... ringgit hendaklah berkuatkuasa bagi tempoh ................ bulan dengan .............. penjamin-penjamin yang mencukupi (di sini nyatakan sifat dan kelas bagi penjamin yang diperlukan).

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah, pada ............... haribulan ........., 19 .....

(METERAI)
......
Kadi


(Seksyen 204)

SAMAN BAGI MAKLUMAT MENGENAI KEMUNGKINAN MELANGGAR KEAMANAN

Kepada...........................................................................................................
dari.................................................................................................................

BAHAWASANYA ia telah diperlakukan untuk menyatakan kepada saya oleh keterangan yang dipercayai bahawa (nyatakan bahan mengenai maklumat), dan bahawa kamu mungkin melanggar keamanan (atau melalui mana-mana kelakuan pelanggaran keamanan mungkin berlaku), kamu adalah dengan ini diperlukan untuk menghadirkan diri (atau melalui peguam) di Mahkamah Kadi di .................. pada ....... haribulan ........., 19 ....... pada jam 10.00 pagi, untuk mengemukakan sebab mengapa kamu tidak perlu untuk menyertai jaminan bagi ............. ringgit [apabiia penjamin-penjamin diperlukan, tambah: dan juga untuk memberi cagaran oleh jaminan bagi satu (atau dua, sebagaimana kes tersebut) penjamin (atau penjamin-penjamin) bagi jumlah ................... ringgit (seorang, jika melebihi dari seorang) bahawa kamu akan menjaga keamanan bagi tempoh selama ..................................].

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada .......... haribulan ............ 19 .....

(METERAI)
........
Kadi


(Seksyen 204)

WARAN MEMPENJARAKAN BAGl KEGAGALAN UNTUK MENCARI PENJAMIN BAGI MENJAGA KEAMANAN

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ....................................................................................

BAHAWASANYA .......................................... dari ........................... hadir sendiri di hadapan saya (atau oleh agen yang diberi kuasa olehnya) pada ........... haribulan ............. dalam mematuhi kepada saman memanggilnya untuk mengemukakan sebab mengapa dia tidak perlu untuk menyertai jaminan bagi .................. ringgit dengan seorang penjamin (atau jaminan dengan dua orang penjamin seorang bagi .............. ringgit), bahawa dia ...................... akan menjaga keamanan bagi tempoh .................

Dan bahawasanya perintah adalah dibuat meminta ....................... untuk menyertai dan mencari cagaran (nyatakan cagaran yang diperintahkan apabila ia berlainan dari yang disebutkan di dalam saman), dan dia telah gagal untuk memenuhi perintah tersebut:

lni adalah memberikuasa dan menghendaki kamu menerima ...................... di dalam penjagaan kamu, bersama-sama dengan saman ini dan dia dipenjarakan untuk tempoh ....................... kecuali dia akan, sementara itu, mematuhi perintah tersebut olehnya dan penjaminnya (atau penjamin-penjamin) menyertai jaminan tersebut, dalam mana kes yang sama akan menerima, dan ...................... tersebut dibebaskan; dan untuk mengembalikan saman dengan catatan yang memperakui cara hukumannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada ........... haribulan .......... 19 ....

(METERAI)
.......
Kadi


(Seksyen 204)

WARAN MEMPENJARAKAN SAKSI YANG ENGGAN MENJAWAB

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ......................................................................................

BAHAWASANYA ............................................... telah disaman (atau dibawa ke hadapan Mahkamah ini) sebagai saksi dan hari ini diperlukan untuk memberi keterangan ke atas pemeriksaan dalam kesalahan yang dikatakan, enggan menjawab soalan tertentu (atau soalan-soalan tertentu) yang dikemukakan kepadanya berkaitan dengan kesalahan yang dikatakan tersebut, dan dicatatkan dengan sempurna, tanpa menyatakan apa-apa alasan untuk keengganan tersebut, dan untuk penghinaan ini telah diputuskan tahanan dalam jagaan untuk .................................................................................

lni adalah memberikuasa dan menghendaki kamu untuk mengambil ...................................... di dalam jagaan, dan dia dijaga dengan selama dalam jagaan kamu untuk tempoh ......... hari, kecuali sementara itu dia boleh diizinkan untuk diperiksa dan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenainya, dan pada hari terakhir yang dinyatakan, atau serta-merta pada izin tersebut diketahui, untuk dibawa ke Mahkamah ini untuk dibicarakan menurut undang-undang; mengembalikan waran ini dengan catatan memperakui cara hukumannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada ......... haribulan ...... 19 ......

(METERAI)
......
Kadi

(Seksyen 204)

NOTIS KEPADA PENJAMIN YANG MELANGGAR JAMINAN

Kepada ......................................................................... dari .......................................................

BAHAWASANYA pada ................ haribulan ...... 19 ......., kamu menjadi penjamin bagi .................... dari ..............., bahawa dia hendaklah hadir di Mahkamah ini pada ............. haribulan ......... 19 .., dan kamu adalah terikat jika ingkar untuk membayar denda bagi Jumlah ............... ringgit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sultan, dan bahawasanya ............ telah gagal untuk hadir ke Mahkamah ini, dan oleh sebab keingkaran ini kamu hendaklah membayar denda bagi jumlah .................... ringgit :

Kamu adalah dikehendaki membayar denda tersebut atau menyatakan sebab dalam tempoh .............. hari dari tarikh ini, mengapa pembayaran wang tersebut tidak perlu dikenakan ke atas kamu.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada ........... haribulan ........ 19 .....

(METERAI)
.............................
Pendaftar atau Kadi


(Seksyen 204)

NOTIS KEPADA PENJAMIN DI ATAS PERAMPASAN JAMINAN UNTUK KELAKUAN BAlK

Kepada ......................................................................................................
dari ............................................................................................................

BAHAWASANYA pada ................. haribulan .......... 19 ...., kamu menjadi penjamin melalui jaminan bagi .................. dari ................ bahawa dia akan berkelakuan baik untuk tempoh masa ..............., dan mengikat diri kamu sekiranya ingkar untuk membayar denda bagi jumlah ............ ringgit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, dan bahawasanya ......................... telah disabitkan kesalahan ................. dilakukan sejak kamu menjadi penjamin, di mana jaminan keselamatan kamu telah dirampas:

Kamu adalah dikehendaki untuk membayar denda tersebut bagi .......................... ringgit, atau untuk menyatakan sebab dalam tempoh ................. hari mengapa ia tidak perlu dibayar.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada ........ haribulan ......... 19 ....

(METERAI)
................................
Pendaftar atau Kadi


(Seksyen 204)

WARAN MEMPENJARAKAN BAGI PERAMPASAN JAMINAN UNTUK KELAKUAN BAIK

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ..................................................................................

BAHAWASANYA ........................ dari ....... pada ...... haribulan .......,19 ......, telah memberi cagaran melalui jaminan bagi jumlah .......... ringgit untuk berkelakuan baik bagi ........................ dan bukti bagi melanggar jaminan tersebut telah diberi di hadapan saya dan dicatatkan dengan sempurna ................, di mana ................ tersebut telah rampas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bagi jumlah ............. ringgit: dan bahawasanya dia telah gagal untuk membayar jumlah tersebut atau untuk mengemukakan sebab mengapa jumlah tersebut tidak perlu dibayar, walaupun telah dipanggil untuk berbuat demikian, dan pembayarannya tidak boleh dilaksanakan oleh penahanan hartanya, dan perintah telah dibuat bagi mempenjarakan .................................... di Penjara Sivil bagi tempoh masa .............

Ini adalah memberikuasa dan menghendaki kamu, ......................... untuk menerima ............. di dalam jagaan kamu, bersama-sama Waran ini, dan dia dengan selamat dijaga di Penjara .......... untuk tempoh tersebut .............................. mengembalikan waran ini dengan catatan memperakui cara hukumannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meteri Mahkamah pada ............. haribulan ....... 19 ....

(METERAI)
.......
Kadi

Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 9hb Syawal, 1408 bersamaan 25hb Mei, 1988.

MIHAT BIN SHAARI,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah Darulaman

[PSU(K) 537/1408; PUN(K) 30/88.]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.