ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 37. Penyampaian notis.

(1) Tiap-tiap notis atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk disampaikan di bawah Enakmen ini boleh disampaikan —
(2) Jika sesuatu notis atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis atau dokumen itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika notis atau dokumen itu dialamatkan —
(3) Jika orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Enakmen ini diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya atau kepada pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pada tarikh dia atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu diberitahu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.