ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 157. Rayuan tidak boleh berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan.

(1) Kecuali dalam kes-kes yang disebut dalam subseksyen (3) dan seksyen 156, tiada rayuan boleh berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan tetapi Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas apa-apa terma mengenai jaminan bagi pembayaran apa-apa jumlah wang atau untuk penyempurnaan atau ketaksempurnaan apa-apa perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman yang Mahkamah fikirkan munasabah.

(2) Jika hukuman pemenjaraan dikekalkan, tempoh selama mana pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah ditolak semasa menghitung tempoh hukuman itu melainkan Jika Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan selainnya.

(3) Dalam kes sabitan yang melibatkan hukuman sebat-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.