ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - DARIHAL KETAKTERATURAN PROSIDING



Seksyen 206. Peninggalan membentuk pertuduhan.

(1) Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat mahkamah rayuan, kegagalan peradilan telah disebabkan olehnya.

(2) Jika mahkamah rayuan berpendapat bahawa kegagalan peradilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, ia hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.