ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 17. Rekod.

(1) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang lengkap dan betul mengenai segala pembicaraan dan akaun yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah dan mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara-cara yang diperuntukkan oleh undang-undang.

(2) Semua alasan-alasan keputusan dan rujukan hendaklah dinyatakan di dalam rekod-rekod keputusan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.