ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANGKUASA
Seksyen 47. Bila dibenarkan.
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian di luar bidang kuasanya mana-mana surat perintahan apabila-
(
a
) keseluruhan hal-perkara suatu tindakan yang dibawa dengan sempurna dalam Mahkamah ialah berkenaan dengan harta tak alih yang berada di dalam Sarawak (dengan atau tanpa sewa, keuntungan atau ganti rugi); atau
(
b
) mana-mana relief yang dituntut terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di dalam Sarawak; atau
(
c
) seseorang di luar negeri adalah satu pihak yang perlu atau patut dalam mana-mana tindakan yang diambil di dalam Mahkamah terhadap orang lain yang dengan sempurnanya telah disampaikan di dalam Sarawak; atau
(
d
) pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan atau tuntutan dibuat adalah di dalam Sarawak.
(2) Mana-mana perintah yang mengizinkan supaya dilaksanakan penyampaian tersebut hendaklah mengarahkan cara penyampaian wajar yang hendak dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.