ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - AM



Seksyen 8. Peguam.

(1) Majlis boleh, menurut budibicaranya membenarkan mana-mana orang atau peguam berdaftar di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1976 dan yang cukup berpengetahuan dalam hal-hal Undang-undang Islam untuk mewakili mana-mana pihak dalam sesuatu perbicaraan Mahkamah.

(2) Tertakluk kepada seksyen-kecil (1) seorang yang dibenarkan mewakili mana-mana pihak boleh, setelah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan oleh Majlis didaftarkan sebagai seorang peguam Mahkamah.

(3) Mana-mana orang atau peguam yang mewakili mana-mana pihak di dalam perbicaraan Mahkamah boleh dihalang daripada mewakili mana-mana pihak itu seterusnya jika Mahkamah berpendapat bahawa ia tidak lagi layak mewakili pihak itu.

(4) Bagi maksud seksyen-kecil (3) Majlis boleh, selepas Mahkamah memberi pendapatnya menurut seksyen-kecil (3) menarik balik kebenaran yang diberi mengikut seksyen-kecil (1) dan segala bayaran yang telah dibayar oleh mana-mana orang atau peguam itu hendaklah disifatkan sebagai dilucuthak.

(5) Majlis boleh, dari semasa ke semasa membuat peraturan mengatur, mengawal dan menyelia perjalanan mana-mana orang atau peguam yang dibenarkan mewakili mana-mana pihak dipembicaraan di hadapannya dan mengenakan fee mengenainya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.