ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 212. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh pengkhidmat awam.

Barang siapa enggan mengikat dirinya dengan ikrar bagi menyatakan hal yang sebenarnya, apabila dikehendaki mengikat dirinya demikian itu oleh seorang pengkhidmat awam yang berkuasa di sisi undang-undang adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.