ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
IQRAR



Seksyen 18. Syarat iqrar.

(1) Pembuat Iqrar hendaklah orang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukkan sebaliknya,
iqrar berikut hendaklah tidak diterima -
(3) Iqrar oleh seorang mumaiyiz yang belum dewasa yang telah diberikuasa oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orang ramai hendaklah dianggap sebagai iqrar seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan iqrar yang dibuat olehnya hendaklah diterima sebagai sah.
(4) Pihak yang boleh mendapat manfaat daripada iqrar tidaklah disyaratkan kepada seorang yang akil baligh.
(5) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat dengan suka rela tanpa paksaan.

(6) Seorang yang membuat
iqrar hendaklah seorang yang ditegah daripada mentadbirkan hartanya (mahjur' alaih).

(7)
Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk hendaklah tidak diterima dalam kes yang boleh dikenakan hukuman hudud mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.