ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 56. Prosedur jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seseorang Penyelia Agama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Pengarah Pendakwa supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantarkan satu laporan mengenainya kepada pengarah Pendakwa, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai-pegawai bawahannya pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu :

Dengan syarat-syarat berikut-

(2) Dalam tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b) Penyelia Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya yang tersebut itu (jika ada) sebab-sebabnya yang dia tidak menurut dengan sepenuhnya seksyen-kecil (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.