ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 164. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Apabila sesuatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu perkara jenayah telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan tertuduh dan hendaklah, atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie, memberi kebenaran bagi penentuan olehnya sendiri mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang telah berbangkit semasa perjalanan rayuan itu dan yang penentuannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh perjalanan rayuan tersebut.

(2) Sesuatu permohonan bagi kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari, atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, dari tarikh penentuan rayuan yang dimaksudkan itu dan dalam hal permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah dibuat oleh atau dengan keizinan secara bertulis pegawai itu sendiri.

(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang ia fikirkan patut bagi penangkapan, jagaan atau pelepasan atas jaminan bagi tertuduh dalam rayuan itu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menghantar rekod prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak-pihak dalam rayuan itu akan masa dan tempat bagi pendengaran perkara itu.

(4) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujuk bagi penentuannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat sebagaimana yang ia berpendapat adalah adil bagi penyelesaian rayuan itu.

(5) Bagi maksud seksyen ini tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukannya-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.