ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 27. Undi terbanyak.

(1) Majlis hendaklah menentukan mana-mana masalah yang dibincangkan di hadapannya dan dalam mesyuarat-mesyuaratnya dengan satu keputusan majoriti ahli yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Satu-satu keputusan bertulis hendaklah, melainkan dalam perkara yang tertentu yang diperintahkan sebaliknya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, mempunyai kesan yang sama seperti keputusan yang diluluskan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.