ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXX - WANG, KUMPULAN WANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 215. Acara pembayaran.

Pembayaran keluar boleh dibuat dengan tunai jika tidak melebihi $20.00 dan, jika melebihi $50.00 hendaklah dibuat dengan cek yang kena dibayar kepada penerima dan ditanda "Boleh dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengeluaran". Cek yang baru boleh dikeluarkan menggantikan cek yang tidak ditunaikan dalam tempoh masa tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.