ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 154. Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan
(1) Sesuatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah—
(a)
jika penghakiman atau perintah itu tertakluk kepada apa-apa syarat atau kontingensi;
(b)
jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
(c)
jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;
(d)
jika pemiutang penghakiman berhasrat untuk menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;
(e)
jika suatu perintah pengkomitan masih berkuat kuasa;
(f)
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134(2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa; atau
(g)
jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.
(2) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara
ex parte
, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang tertentu.
(3) Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.