ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 87. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dibicarakan bersama-sama.

(1) Jika seseorang itu dituduh melakukan kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, maka dia boleh dipertuduhkan dan dibicarakan bersama dalam satu perbicaraan bagi beberapa pertuduhan yang tidak lebih daripada tiga pertuduhan.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu dihukum di bawah seksyen yang sama dalam undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.