ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6 tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 7;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4;

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 21;

"Mahkamah " atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana Mahkamah selain daripada mahkamah yang ditubuhkan oleh Enakmen ini;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam, Kedah yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Negeri" ertinya Negeri Kedah Darul Aman;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 22.


(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat yang erti-erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.