ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"agama bukan Islam" ertinya agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Yahudi, atau apa-apa variasi, versi, bentuk, atau cabang mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian-
iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai Islam;

"bahan publisiti" berhubung dengan mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambar foto, poster, rajah, surat edaran, gelansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut;

"filem" termasuklah-
"Negeri" ertinya Negeri Sembilan;

"orang Islam" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam;

"pegawai diberikuasa" ertinya pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai yang diberikuasa di bawah Enakmen ini, dan termasuklah seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

"Pendakwa Raya" termasuklah Timbalan Pendakwa Raya;

"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan;

"rakaman audio" ertinya apa-apa bahan, termasuk piring-piring hitam fonograf, pita-pita rakaman, dan cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia;

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamflet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio untuk dibaca, dilihat atau didengar.

(2) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, suatu terbitan hendaklah dianggap sebagai suatu terbitan mengenai suatu agama bukan Islam jika-
sebuah buku atau teks, atau mana-mana bahagian sebuah buku atau teks, yang kepada penganut atau anggota-anggota agama itu adalah suatu buku suci atau buku asas, atau satu daripada teks-teks penting, bagi agama itu, atau jika pada intisarinya ia adalah suatu terbitan yang-
(3) Walaupun suatu terbitan itu adalah suatu terbitan mengenai suatu agama bukan Islam dengan sebab bahawa ia termasuk di bawah perenggan (i), (ii) atau (iii) subseksyen (2), ia hendaklah tidak merupakan subjek suatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah bagi kepentingan atau faedah agama Islam atau bagi orang-orang Islam sebagai orang-orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.