ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 93. Pemeriksaan balas orang yang dipanggil supaya mengemukakan sesuatu dokumen.

Seseorang yang disaman supaya hadir bagi mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan tidak boleh diperiksa balas melainkan dan sehingga dia dipanggil sebagai saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.