ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 97. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah
(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah-
(a) menjual, menggadaikan, menggadaijanjikan, menukar, atau selainnya melepaskan milikan mana-mana harta alih atau harta tak alih kanak-kanak itu; atau
(b) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.
(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan berlawanan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tak sah dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.