ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 149. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Mahkamah Rayuan, jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, bolehlah sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Kadi.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Kadi dia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Rayuan, sesudah itu hendaklah, seberapa segera yang boleh, terus menyelesaikan rayuan.

(3) Kecuali jika Mahkamah Rayuan mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau peguamnya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.