ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 115. Pengemukaan suratan-suratan dan penterjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang dipanggil supaya hadir mengemukakan sesuatu suratan hendaklah, jika suratan itu ada di dalam miliknya atau di bawah kuasanya, membawa suratan itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan tentang sama ada suratan itu boleh dikemukakan atau diterima dalam keterangan. Sah tidaknya sesuatu bantahan itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa suratan itu melainkan jika suratan itu adalah berkenaan dengan hal ehwal negeri atau mengambil lain-lain keterangan bagi membolehkan ia menentukan sama ada suratan itu boleh diterima atau tidak.

(3) Jika bagi maksud itu sesuatu suratan perlu diterjemahkan maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemahnya supaya merahsiakan kandungan suratan itu melainkan jika suratan itu akan diberi sebagai keterangan, dan jika penterjemah itu mengengkari arahan itu maka ia hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 164 Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983 [Enakmen Bil. 9/83].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.