ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas, dan pemeriksaan semula.
(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang
memanggilnya adalah disebut pemeriksaan utamanya.
(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang adalah disebut pemeriksaan balasnya.
(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semulanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.