ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 248. Pemansuhan dan peralihan.

(1) Ordinan Acara Mal Syariah, 1991 [Ord. No. 7/91] adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Ordinan ini, peruntukan Ordinan ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.